NUR LEMBAH LENGGONG TRAINING VILLAGE
DEKAT di Mata Lekat di Hati, Memancar Kembali Kejernihan Hati. Itulah slogan yang menggambarkan kelebihan Nur Lembah Lenggong Training Village. Nur yang bermaksud cahaya. Cahaya itu pula berada di kawasan lembah dengan suasana damai dikelilingi hutan dan anak sungai.
Sekali pergi rasa nak lagi umpama melekat di hati, manakala pengalaman di sini memancar kejernihan hati. Bayangkan kedamaian yang bakal dinikmati di kawasan kehijauan yang terletak di Selat Pagar Padang Grus Lenggong Perak. Nur Lembah Lenggong menawarkan suasana damai di pinggir kota yang dikelilingi hutan hujan tropika, kolam, sungai, anak air, air terjun dan suasana kehijauan.
Usianya masih muda kerana baru beroperasi setahun lalu di Selat Pagar Padang Grus Lenggong Perak. Lebih menarik, Nur Lembah Lenggong bukan saja untuk berehat bersama keluarga, malah penganjuran program motivasi, perkhemahan dan hari keluarga.
Bagi yang mahu mengadakan hari keluarga, Nur Lembah Lenggong menyediakan dataran untuk sukaneka dengan pelbagai acara yang akan diatur serta dikendalikan kakitangan berpengalaman.
Sekolah, pertubuhan belia dan organisasi boleh mengadakan perkhemahan motivasi jika mahukan kelainan kerana selain, asrama, chalet dan banglo, tapak perkhemahan untuk 500 orang disediakan di sini.
Ia juga menyediakan dewan kuliah berhawa dingin untuk keselesaan mereka yang mahu menganjurkan kursus, kem motivasi atau program percambahan fikiran. Turut disediakan, dewan terbuka pelbagai guna untuk sebarang kegiatan.
Pusat peranginan ini juga menyediakan surau yang boleh memuatkan 120 jemaah untuk kegunaan umat Islam beribadat.
Aktiviti luar diperbanyakkan supaya pelanggan dan pengunjung tidak bosan. Antaranya, lawatan ke gua, treking di hutan dan pada waktu malam, melepasi halangan, berakit dan kayak, menuruni bukit dengan tali, flying fox merentasi sungai Perak, permainan perang, mendaki dan kesedaran mengenai alam sekitar.
Pengusaha Nur Lembah Lenggong mengutamakan pengekalan kehijauan dan kebersihan sehingga ketika pembinaan, penebangan pokok besar dilakukan secara paling minimum
yang pasti memberikan suasana nyaman dan sejuk, terutama waktu malam.
Kebersihan kawasan dijadikan matlamat utama dan kesegaran persekitaran bakal menjadi memori indah pengunjung selepas menginap di sini. Untuk keselesaan, jalan bertar dibina hingga ke kawasan resort dan kenderaan pengunjung seperti kereta dan bas mudah menurunkan penumpang dan barangan yang mereka bawa.
Nur Lembah Lenggong memberikan layanan mesra kepada tetamu dengan pegawai dan pekerja dilatih untuk membudayakan adat resam positif kaum Melayu yang memberi layanan terbaik kepada pengunjung.
Bakal pelanggan yang ingin mengadakan program akan dipersilakan masuk ke pejabat. Selepas berbincang, mereka dibawa melawat persekitaran untuk lebih memahami kemudahan, penginapan, dewan dan kelengkapan yang disediakan.
Harga dan kandungan pakej pula boleh diubahsuai melalui perundingan sehinggalah pelanggan berpuashati dengan sebut harga yang dikemukakan. Kadar kontrak dan potongan harga istimewa diberikan kepada pelanggan yang membuat program berulang kali atau mewakili pelanggan lain.
Tren masa kini menyaksikan pelanggan diwakili broker atau perunding untuk program mereka dan Nur Lembah Lenggong mengambil kira peranan mereka dengan memberikan pakej menarik
Mengenai makanan, resort ini menyediakan pelbagai menu dan boleh diubahsuai mengikut selera pelanggan.
Keselamatan tetap menjadi keutamaan. Justeru, semua aktiviti luar dikendali perunding berpengalaman bagi keselamatan pengunjung. Tanpa jaket keselamatan, mereka tidak dibenarkan dalam aktiviti berakit atau aktiviti air lain.
Nur Lembah Lenggong berusaha menjadi pusat setempat untuk pelanggan dengan menyediakan bas dan van untuk mereka yang mahukan pengangkutan.
Mereka yang berminat menikmati kedamaian dan kesegaran suasana kampung dan hutan boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi talian 03-77286095,05-7760626, 012-9466258

Posted at 03:25 am by nllenggong
Permalink